KEK gula hangus menjadi juadah wajib bagi pengacara Tv dan penyampai radio, Zulkifli Bujang. Bagi menjadikan hidangan lebih enak, resipi asalnya telah diubah suai. Kek ini juga lebih nikmat jika dimakan dengan ais krim. Bahan A: 300g gula 1 cawan air Bahan B: 300g tepung gandung 300g butter 5 biji telur 300g kekacang yang sudah di cincang 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh perisa oren 1 sudu teh serbuk penaik (tepung hendaklah dijemur dulu supaya ringan) Cara: Semua bahan B dipukul dan diadun sebati. Masukkan satu per satu) Bila sudah kembang, cairkan bahan A. Kemudian tuangkan ke dlm bahan B yg dah kembang tadi. Cepat-cepat kacau bagi mengelakkan ia keras. Kukus selama 4 jam.