Malah sambal belacan mempunyai pelbagai jenis. Ada yang digoreng, ada yang diperah limau nipis.
Untuk membangkitkan selera anda selepas penat berpuasa seharian, apa kata cuba resipi sambal mempelam muda ini.
Bahan-bahan:
150 gram isi mempelam muda - dicincang
40 gram cili padi
300 gram belacan
80 gram bawang merah
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula halus
Cara menyediakan:
Tumbuk halus cili padi, belacan dan bawang merah. Masukkan garam dan gula. Tumbuk lagi.
Campurkan kesemua bahan tumbuk tadi hingga sekata. Barulah dimasukkan isi mempelam yang telah dicincang.
Kacau lagi hingga sekata. Bolehlah dihidangkan.