Kepah boleh dimasak dalam pelbagai cara sama digoreng, dimasak stim dan dikukus.
Apa kata untuk menu berbuka puasa pada hujung minggu, cuba resipi kepah goreng pedas ini.
Bahan-bahan:
3 cili kering
3 bawang merah
1 bawang putih
1 batang serai
Kepah
Cara menyediakan:
Kisar semua bahan di atas kecuali serai.
Tumis bahan kisar hingga bahan wangi dan garing.
Masukkan garam, gula dan sos tiram.
Masukkan kepah dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Sedia dihidangkan.