Walaupun dijual di mana sahaja, pastinya hasil air tangan si ibu tentunya lebih istimewa terutama pada bulan mulia ini.
Nasi Ayam
3 cawan beras
basuh beras dan toskan
2 sudu majerin
(bahan tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai (dititik)
bunga lawang, kayu cengkih, kayu manis, buah pelaga
1 kiub perisa ayam
Caranya:
Panaskan rice cooker, masukkan majerin dan tumis bahan tumbuk hingga perang bersama empat sekawan tadi dan masukkan serai, beras dan kacau rata-rata hingga wangi. Seterusnya masukkan kiub ayam dan air secukupnya.
Sup
Bahan:
Tulang ayam (bahan tumbuk)
4 biji bawang putih2 biji bawang merah
2 inci halia
1 kiub ayam
daun sup
daun bawang
bawang goreng
Caranya:
Ayam, bahan tumbuk dan kiub ayam dimasak bersama air hingga mendidih . Bila ayam dah masak, keluarkan ayam dan toskan. Sup tu dimakan bersama nasi ayam dan masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.
Ayam
Bahan:
Bahan perapsos tiram
kicap cair
kicap manis
madu
Lepas perap, panaskan minyak dan goreng ayam sekejap sahaja sebab ayam dah masak.
Kuah Lada
Bahan:
4-5 lada hidup (merah)1 biji bawang putih
sedikit gula
sedikit garam
1/2 sudu kecil cuka
2 sudu makan cili sos
*kisar semua bahan dan dipanaskan untuk tahan lama. Tambah sos cili dan air untuk pekat.
Kuah Kicap
*Baki kuah ayam diperap tadi dicampur dengan sup ayam. Jika cair tambahkan kicap manis untuk seimbangkan rasanya.Nasi Ayam tidak lengkap tanpa hirisan tomato, timun dan salad.