Ia nampak segar dan menyelerakan dengan bahan yang biasanya dikisar atau dimayang halus dan dapat disiapkan dalam masa singkat.
Bahan:
1 kg kerang - direbus dan diambil isinya
2 labu bawang besar dimayang dadu
3 biji cili merah - dimayang halus
20 biji cili padi (jika mahu lebih pedas) - dimayang halus
4 pokok daun kesum - dimayang halus
5 batang serai - dimayang halus
2 batang bunga kantan - dimayang halus
5 biji mempelam padi mengkal dibuang kulit dan disagat
garam, gula dan cuka secukupnya
Cara:
Semua bahan digaulkan hingga sebati, Masukkan garam, gula dan cuka secukupnya. Jika anda suka boleh ditambah daun pudina atau daun ketumbar yang dimayang halus.