PEMBUKA selera yang ringkas ada kalanya lebih cepat 'licin', lebih-lebih lagi jika bahan asasnya menggunakan sayur-sayuran. Malahan, ia dapat disediakan dengan pantas, sesuai bagi si ibu yang bekerja. Salad Berhias Bahan: 300 gm daun salad 1 biji timun - dihiris 2 biji telur 2 biji tomato - dipotong bulat 2 biji cili merah - dimayang 1 senduk cuka 1 sudu besar cili kisar 2 sudu besar gula Sos: Masukkan cili kisar, cuka, garam, gula dan air panas dalam satu bekas dan kacau hingga hancur. Cara: Salad dibersihkan dan direndam.Telur pula direbus, dikupas kulit dan dibelah empat. Hiaskan pinggan dengan salad dan bahan lain sebelum dituang sos ke atasnya.