suria

Rumpai Kerabu Hanya Di Hotel Melia KL

TEMA Warisan Ibu digunakan oleh The Kicthens @ Hotel Melia Kuala Lumpur untuk bufet sepanjang Ramadan bagi mengembalikan nostalgia berbuka puasa di kampung.

Menurut Eksekutif Sous Chefnya, Nelson Ray Samson, lebih 100 juadah dari pelbagai negeri akan disajikan kepada pengunjung sehingga 28 Julai ini.

Nelson yang berasal dari Sabah turut memperkenalkan juadah istimewa semasa zaman kecilnya iaitu rumpai kerabu dan rendang payau (rusa) yang pastinya satu kelainan kepada pengunjung di sini.

Gambar Facebook: Melia Kuala Lumpur.

Ia juga merupakan resipi air tangan ibunya sendiri.

"Kita memang cuba mencari kelainan kerana setiap hotel di Kuala Lumpur semestinya membuat tawaran yang sama. 

"Kita mahu hidangkan juadah yang berbeza dan kalau boleh yang tak ada di tempat lain, sebab itulah saya bawakan resipi ibu saya," kata Nelson.

Rendang gaya masakan orang Sabah berbeza dengan rendang yang selalu dimasak oleh masyarakat Melayu di Semenanjung.

Gambar: Facebook Melia Kuala Lumpur.

Selain itu, pengunjung juga akan disajikan dengan laksa Sarawak, ikan patin masak rebung, rendang daging Kinabalu, ayam lengkuas, ikan kari, sup gear box Pak Cik Nasip dan asam pedas Borneo.

Untuk hidangan pencuci mulut pula, pengunjung boleh mencuba cendol kongsi 10, ice esteler dan pelbagai kuih-muih tradisional Melayu.

Ditawarkan pada harga RM98 untuk dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak, hidangan di The Kitchen @ Melia Hotel KL ini pastikan tidak akan menghampakan anda.

Untuk membuat tempahan dan maklumat lanjut sila hubungi 03-2785 2828 sambungan 280.

Hotel Melia Kuala Lumpur

Artikel Sebelum

Salad Berhias

Artikel Berikut

Artikel Lain