MEMANDANGKAN sekarang musim durian, sudah tentu terdapat lebihan isi durian yang telah dikupas dan disimpan di dalam peti sejuk. Apa kata gunakan lebihan isi durian itu untuk membuat kuih bakar durian. Ia boleh dijadikan hidangan pencuci muka selepas mengakhiri hidangan berbuka puasa anda. Bahan-bahan: 250 gm isi durian 1700 ml santan (600ml santan kotak + 1100ml air) 600 gm tepung gandum 400 gm gula pasir 6 biji telur 1 sudu kecil garam 2 sudu kecil pewarna kuning Cara menyediakan: Satukan kesemua bahan-bahan ke dalam sebuah mangkuk dan kacau rata. Tuang pula adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Tuang semula adunan yang telah dikisar ke dalam mangkuk dan kacau lagi hingga rata dan sebati. Sementara itu,oven hendaklah dipanaskan dahulu pada suhu 180 °C. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan bahulu. Bakar selama 45 min atau hingga masak.