suria

Udang Kari

Udang kari.
SEPANJANG Ramadan ini, pastinya kita inginkan sesuatu hidangan yang berbeza selepas serik dengan sajian berasaskan ayam dan daging.

Untuk menambah selera anda, apa kata cuba resipi udang kari istimewa ini. 

Ia mudah disediakan kerana hanya menggunakan rempah-ratus yang sedia ada di rumah.


Bahan bahan:

Udang

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 paket rempah kari udang

1 pelepah daun kari

4 batang cili padi

Garam

Gula


Cara-cara:

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris. 

Masukkan pula cili padi yang dipotong kecil. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau dengan cepat supaya rempah tidak hangus. 

Setelah berbau wangi, masukkan sedikit air.

Masukkan daun kari dan terus dikacau sehingga rempah terbit minyak. 

Kemudian, baru masukkan santan. Apabila santan mendidih, baru dimasukkan udang dan masak sehingga udang masak.

Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.

udang kari

Artikel Sebelum

Salad Berhias

Artikel Berikut

Artikel Lain