Selain amat berkesan untuk merawat masalah kesihatan, ia juga mudah disediakan.
Bahan-Bahan:
Isi durian belanda - dikopek dan disimpan di dalam peti ais
Air Gula
Susu segar
Ais
Cara-cara:
Masukkan isi durian belanda yang disimpan di dalam peti ais ke dalam pengisar.
Masukkan air gula secukupnya dan tuangkan susu segar.
Kemudian masukkan ketulan ais dan kisar sehingga ais menjadi hancur.
Tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk diminum.