Rasa udang dengan tepung rangup dicicah dengan sos pastinya menyelerakan dan menarik untuk menambah selera kanak-kanak.
Bahan:
150 gram udang kasar atau udang kertas
1 biji telur ayam - dipukul
1/2 sudu teh lada sulah
garam secukupnya
tepung jagung secukupnya
minyak untuk menggoreng secukupnya
sos cili untuk bahan pencicah
Cara:
Udang dibersihkan, basuh dan toskan airnya. Setelah itu , gaulkan udang dengan garam, serbuk lada sulah dan serbuk perasa secukupnya hingga rata.
Panaskan minyak didalam kuali. Sementara itu, celupkan udang tadi satu persatu ke dalam bancuhan telur dan golekkan di atas tepun gjagung dan goreng hinga kuning.
Hidangkan dengan sos cili.