Iftar beramai-ramai dengan sanak keluarga atau rakan taulan pasti lebih meriah dengan masakan ikan pari panggang dan dicicah air asam.
Bahan:
200 gram ikan pari
1 labu bawang besar dimayang dadu
20 cili padu dimayang halus
4 sudu makan asam jawa
2 sudu makan belacan bakar
garam dan serbuk perasa secukupnya
Cara:
Ikan pari dibersihkan kemudian dipanggang hingga masak. Angkat dan ketepikan. Asam jawa dan belacan diramas dengan satu cawan air masak sejuk kemudian ditapis dan campurkan dengan bawang besar serta cili padi.
Masukkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Setelah itu bolehlah dihidangkan sebagai pencicah ikan pari bakar.
Untuk mengelakkan ikan pari menjadi cepat keras apabila sejuk, cuba renjiskan campuran sedikit air dan minyak masak ke atas ikan pari ketika sedang memanggangnya.