SELALUNYA dimakan ketika kenduri bersama nasi minyak atau nasi tomato, begitu juga briyani. Jadi, sempena musim perayaan ini, sesuai sekali menyediakan acar timur untuk dihidangkan kepada keluarga dan tetamu.
Acar Timun
Bahan:
2 batang timun
2 batang lobak merah
3 biji cili merah
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
1 sudu besar biji sawi
1 sudu besar bijan
2 sudu cuka
2 sudu besar rempah kari
Sedikit kayu manis dan bunga lawang
Garam dan gula secukup rasa
Bahan Tumis:
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Cara:
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sampai kuning. Masukkan rempah kari, kayu manis, bunga lawang dan biji sawi. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, cuka, gula, garam, timun dan lobak merah. Kacau sebelum diangkat dan ditabur bijan.