MEMANDANGKAN sekarang cuaca agak panas, apa kata hidangkan air sirap selasih sebagai penyejuk badan. Rasanya lebih nikmat jika dicampur ketulan ais. Bahan-bahan: Air Sirap Selasih Pewarna merah Gula Daun pandan 1 paket biji selasih Esen pisang Air secukupnya Cara penyediaan: Masakkan air dan masukkan pewarna merah, gula dan daun pandan. Masukkan esen pisang dan tutup api. Masukkan biji selasih ke dalam mug dan dicampurkan air suam dan dikacau sehingga biji selasih kembang. Tuang ke dalam gelas yang diletakkan ketulan ais. Sedia untuk diminum. Jika mahu, boleh dicampurkan sirap dengan laici bersama airnya.