SELAIN lauk pauk, ada juga tetamu yang gemarkan pemanis mulut dan pembuka selera. Tidak salah rasanya jika kek dihidangkan untuk Aidilfitri ini. Kek Oren Simple Bahan: 1 biji limau 1 cawan minyak masak 1 cawan gula halus 2 biji telur 2 cawan tepung gandum - diayak 1 sudu besar baking powder - diayak 2 sudu besar base oren sunquick sedikit pewarna kuning Cara: Limau dibuang kulit, ambil isinya dan dipotong. Kulit limau diparut sedikit. Kisar isi limau, minyak, gula, oren sunquick dan telur. Tuang adunan dalam mangkuk, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau sebati. Tambah pewarna kuning dan parutan kulit limau tadi, kacau sebati. Tuang adunan dalam acuan yang siap digris dan letak baking paper. Bakar pada suhu 170C selama 40 minit atau sehingga masak.