suria

Lontong Johor

MENARIK sekali jika hidangan di Aidilfitri menjadi kesukaan ramai, berbaloi rasanya selepas penat di dapur berjam-jam lamanya.


Lontong Johor


Kuah Lodeh
Bahan:
12 tangkai kacang panjang - dipatahkan seinci
70 gram fucuk @ tauhu kering - potong dan rendam hingga lembut
1 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 biji sengkuang saiz sederhana - dipotong memanjang
5 keping tempe -  dipotong kiub
1/2 bahagian kobis bulat - dihiris
1 biji terung panjang saiz besar
800ml  santan  
Air jika perlu
2 cekak soo hoon - dipotong dan dibersihkan
4 helai daun limau purut – dibuang urat 
2 kiub pati ikan bilis
1 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

Bahan tumis
:
3 batang serai - dititik
1 lengkuas - diketuk
Sedikit minyak 

Bahan kisar
:
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
5 - 6 cili padi merah
3 camca besar udang kering - rendam 10 minit dan toskan

Bahan sampingan:
Nasi impit
Sambal tumis ikan bilis
Telur Rebus

Cara

Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan), tumis serai titik dan lengkuas hingga harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. 
Masukkan lobak merah, sengkuang dan kacau rata sebelum dituang santan cair. Biar mendidih, masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk. Masak hingga semua lembut. Masukkan kacang panjang, tauhu, dan kobis. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih. 
Tuang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan daun limau purut. Akhir sekali masukkan soo hoon, kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Boleh hidangkan bersama ketupat/nasi impit, serunding, sambal tumis dan telur rebus.

Lontong Johor

Artikel Sebelum

Wajik

Artikel Berikut

Daging Dendeng

Artikel Lain