suria

Daging Dendeng

Daging Dendeng
MENJADI kebiasaan untuk menyediakan hidangan berasaskan daging dan ayam pada musim perayaan, cuma mungkin resipinya berbeza. Apa kata dipelbagaikan lagi dengan penyediaan resipi ini.


Daging Dendeng

Bahan:
1/2 kg daging
sedikit asam jawa
sedikit kicap
2 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 in halia - dikisar
1/2 sudu jintan manis, jintan putih dan ketumbar - dikisar
4 sudu cili mesin 

Cara:
Daging di potong dan direbus hingga empuk. Kemudian dipotong nipis dan goreng. Kegaringan ikut suka, kalau suka lauk yang kering, goreng lebih sikit, tapi nanti jadi liat sikit. Angkat dan ketepikan.
Seterusnya tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sedikit kicap dan sedikit air asam jawa. Masakkan hingga kering dan sesuaikan rasa masin dan manis. Masukkan daging dan digaul rata.

Daging Dendeng

Artikel Sebelum

Lontong Johor

Artikel Berikut

Air Pandan Wangi

Artikel Lain