suria

Nasi Arab Ringkas

Nasi Arab
BAGAIKAN trend ramai yang mulai gemarkan nasi arab. Jadi, apa kata ia dijadikan hidangan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri nanti, tentunya suatu kelainan yang disukai ramai.


Nasi Arab Ringkas


Bahan untuk nasi
:
2 1/2 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1/2 jam
4 cawan air rebusan ayam - sukatan air ikut beras
garam secukup rasa
2 sb minyak sapi 
pewarna kuning dan oren

Bahan disangai dan dikisar kering
:
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 sudu makan jintan putih
1/2 sudu makan bunga cengkih
1/2 sudu makan lada hitam
1/2 sudu makan biji ketumbar
1/2 sudu makan buah pelaga

Bahan untuk ditumis
:
1 biji bawang besar 
3 ulas bawang putih 
buah pelaga
kayu manis
bunga lawang 

Cara:
Panaskan minyak sapi dalam periuk, masukkan bahan tumis. Tumis hingga kekuningan. Masukkan bahan yg dikisar, gaul sebati. Masukkan beras yg telah ditoskan, goreng sekejap hingga sebati. Masuk air rebusan ayam, garam dan masak seperti biasa. Bila sudah kering, letak pewarna di atas nasi, jangan dikacau, nanti nasi hancur. Bila nak dihidangkan, gaul nasi, biar bercampur warna.


Resepi Ayam:
 
1 ekor ayam - dibelah 4, dikelar bahagian dada kemudian direbus untuk mendapatkan stok ayam.
garam dan gula secukupnya

Bahan dikisar
:
3 inci halia
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan buah pelaga
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

Caranya:
Gaul rata bahan dikisar pada ayam. Masukkan garam dan gula. Perap selama 2 - 3 jam. Panggang atau bakar ayam hingga masak.


Resepi Salad:
1 - 2 biji tomato - didadu
1 batang mentimun - didadu
1 batang lobak merah - didadu
1 biji bawang besar - didadu
lada hijau - dihiris
garam, gula dan cuka secukupnya
(campur semua bahan dan perasakan)


Air Asam:
3 biji cili merah
5 biji cili api
1 biji  buah tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
garam dan gula
jus limau nipis/air asam jawa
sedikit air masak 
(campur semua bahan, kisar hingga halus dan hidangkan)

Nasi Arab

Artikel Sebelum

Kek Oren

Artikel Berikut

Ketupat Palas

Artikel Lain