suria

Popia Otak-Otak

OTAK-otak adalah sejenis makanan ringan yang kini semakin popular di Malaysia. Ia adalah makanan berasaskan isi ikan berempah yang diletakkan di dalam daun kelapa dan dipanggang.

Namun, seiring dengan peredaran zaman, kini penyediaan otak-otak telah dipelbagaikan. 

Untuk Hari Raya Aidilfitri kali ini, apa kata cuba resipi otak-otak menggunakan kulit popia yang diisi dengan inti ikan dan kemudian digoreng dengan minyak panas.

Rasanya memang lazat dan pastinya memikat hati tetatamu yang bertandang ke rumah anda.

Bahan-bahan:

Kulit popia segera

300 gm ikan tenggiri – ambil isi ikan sahaja dan dikisar halus

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan kasar

3 sudu kecil santan pekat

1 sudu kecil jus limau

1 helai daun kunyit – dihiris halus

2 sudu kecil tepung jagung

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Serbuk perasa secukup rasa


Bahan-bahan A (dikisar halus):

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 batang serai

1 inci halia

1 inci kunyit

1 inci lengkuas

2 tangkai cili merah


Cara menyediakan:

Mula-mula, sediakan inti otak-otak.

Ambil isi ikan tenggiri dan satukan bersama semua bahan A yang dikisar halus.

Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.

Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa. 

Gaul sebati dan ketepikan.

Akhir sekali, ambil kulit popia.

Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.

Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan. 

Hidangkan ketika ia masih panas.

popia otak-otak

Artikel Sebelum

Rendang Tok

Artikel Berikut

Artikel Lain