MENJELANG Aidilfitri, pastinya semua sibuk di dapur untuk menyiapkan juadah istimewa untuk seisi keluarga dan juga tetamu. Ketupat tentunya antara yang tidak dilupakan setiap 1 Syawal. Ketupat Daun Palas Bahan : Daun Palas 1 kg pulut - untuk 20 ketupat RM 2 santan sehelai daun pandan garam dan air secukupnya Caranya : Pulut perlu dibersih dan ditoskan, kemudian masukkan pulut ke dalam periuk dan tuangkan santan, garam dan daun pandan. Kacau sebentar untuk memastikan semua bahan bergaul rata. Santan perlu sama dengan paras pulut, jika kurang masukkan air. Biar hingga pulut masak atas api sederhana. Setelah pulut itu mengering dan sebati, bolehlah dipadamkan api dapur dan biarkan sejuk. Sementara pulut sejuk, sediakan daun palas. Buka daun palas dengan betul untuk memisahkannnya, kemudian gunting sedikit di bahagian hujung daun palas itu supaya ianya nampak rata dan boleh mula membungkus pulut. Pastikan bahagian hukung ketupat disimpul untuk pastikan ia tidak tercabut. Selepas itu, susun ketupat palas ke dalam periuk kukus untuk pastikan pulut benar-benar masak.