Bagi penggemar makanan barat, apa kata cuba sediakan Lasagna untuk pembuka selera di bulan Ramadan ini.
Lasagna
Bahan Utama:
10 keping Lasagna
1 bungkus keju mozarella (150g)
Bahan Beef Bolognese;
1 botol kecil spagheti sos
1/2 biji bawang Holand (cincang)
1 bungkus daging (cincang)
1 tin cendawan butang (hiris)
2 sudu minyak masak
Bahan Sos Putih:
1 kotak susu penuh krim
3 sudu keju mozarella
3 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
Cara (Beef Bolognese):
Panaskan minyak masak dan tumis bawang. Masukkan daging kisar dan goreng garing. Masukkan cendawan yang telah dihiris kemudian dimasukkan sos spagheti. Gaul dan masak seketika.
Cara (Sos Putih);
Cairkan butter, kemudian masuk susu untuk dipanaskan.Masukkan Mozarella Cheese dan kacau sebati.Masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air.Kacau hingga pekat.
Cara (Lapisan Lasagna):
Ambil 5 kepingan lasagna yang sudah direndam, susun di bahagian bawah loyang. Masukkan separuh dari beef bolognese ke atas susunan tu dan ratakan.Tuang separuh dari sos putih di atas beef bolognese tadi.Tabur rata 1/3 bungkusan mozarella cheese. Ulang langkah 1 hingga 3. Kemudian tabur baki 2/3 mozarella cheese tadi. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 45 minit.