BERASASKAN ayam dan ditambah pula dengan madu sebagai penyeri dan penyedap masakan, tentunya tetamu akan tertanya-tanya bagaimana untuk menyediakan hidangan ini. Bahan: 1 ekor ayam - diperap dengan 1/2 inci halia tumbuk dan 1 sudu besar madu 3 labu bawang merah - dihiris 3 labu bawang putih - dihiris 1 sudu kecil serbuk kari 2 mangkuk santan pekat 10 tangkai cili kering - dikisar 1 sudu besar kicap 1 sudu besar sos tomato 1 sudu besar sos tiram garam dan gula secukupnya 1/2 inci halia ditumbuk 1 sudu besar madu Cara: Ayam yang diperap dipanggang sampai masak. Sementara itu, panaskan kuali dan tuangkan minyak secukupnya. Tumis bawang hiris sampai wangi, masukkan pula cili kisar. Setelah cili garing, masukkan santan, sos tiram, sos tomato, madu, halia tumbuk, garam dan gula. Masak sampai pekat. Curahkan ke atas ayam yang dipanggang tadi.