PUDING trifle adalah hidangan pencuci mulut Inggeris yang popular dan sesuai dinikmati ketika berbuka puasa.
Ia disusun secara berlapis-lapis di dalam trifle bowl bagi menunjukkan lapisan dessert di dalamnya.Kebiasaannya lapisan paling bawah adalah kek, kemudian kastard, jeli dan buah buahan.
Bahan-bahan:
- 1 kek Swiss roll
- buah-buahan koktel
- 1 tin susu cair
- air
- gula
Cara-cara:
Langkah 1: Potong kek (ketebalan bergantung pada anda). Seelok-eloknya dalam 1 inchi, kemudian susun di dalam bekas.
Lembapkan kek itu dengan sedikit air jus koktail dalam tin yang diasingkan daripada buahnya.
Langkah 2: Masukkan tiga sudu besar tepung kastard.
Langkah 3: Letak 1 tin susu cair dan 1 tin air (disukat menggunakan tin susu tadi). Kemudian masukkan sedikit gula mengikut citarasa anda. Masak guna api sederhana, kacau sehingga tanpa henti sehingga adunan menjadi pekat.
Langkah 4: Tuang adunan tadi ke atas kek yang telah disusun di dalam bekas. Biarkan seketika sehingga beku.
Langkah 5: Tabur buah-buahan koktail tadi di atas adunan kastard yang telah beku.
Langkah 6: Ambil sekotak jelly kristal. Masak dengan api sederhana. Tuang di atas buah-buahan tadi dan simpan di dalam peti sejuk.