Nasi Lobak Merah
Bahan:
4 cawang beras - basuh dan toskan
2-3 batang lobak merah - disagat
mentega
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
sedikit garam
sedikit air - untuk masak nasi
1 cm halia
Cara:
Panaskan periuk, masukan mentega dan tumis bersama bawang besar dan bawang putih, kemudian masukkan 4 sekawan iaitu buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis dan bunga lawang. Seterusnya halia dan kacau sehingga pecah minyak.
Masukkan lobak merah dan kacau sebentar iaitu 2-3 minit. Kemudian masukkan beras dan akhir sekali santan dan garam secukupnya. Tunggu hingga nasi masak dan siap untuk dihidangkan.