MASAKAN barat kini bukan lagi asing, apatah lagi bila bahannya diolah mengikut citarasa tempatan. Hidangan makaroni bakar misalnya bukannya menu yang wajib ada di bazar Ramadan. Bagi yang menggemarinya, juadah yang sering dihidangkan di restoran bertaraf lima bintang ini boleh menjadi juadah berbuka puasa bersama mereka yang tersayang. Makaroni Bakar Bahan: 2 cawan makaroni (Direbus sampai lembut) 500 gm daging kisar(cincang) 3 sudu rempah kari 5 biji bawang merah (dikisar) 3 biji bawang putih (dikisar) 1 sudu lada hitam (dikisar) 1/2 inci halia (dikisar) 1 tin cendawan butang (dihiris) Sedikit minyak jagung dan mentega untuk menumis 1 tin susu cair dicampur dengan 1 tin air sedikit daun bawang/sup (pilihan) sedikit bawang goreng 4 biji telur - dipukul Garam secukupnya Sedikit parutan mozarella/cheddar cheese Cara: Tumis bahan yang ditumbuk bersama rempah hingga naik bau. Masukkan daging kisar/cincang dan goreng hingga masak dan perasakan dengan garam. Masukkan susu cair, air dan bawang goreng, kemudian dimasak sekejap. Makaroni yang direbus ditoskan, kemudian masukkan dalam bekas yang bersih. Masukkan bahan daging yang dimasak ke dalam bekas bersama makaroni dan gaul rata. Tambah cheeddar cheese yang diparut sebelum dimasukkan ke loyang pembakar. Seterusnya, tuang telur atas makaroni, tabur mozerella, daun sup/bawang dan bawang goreng. Bakar adunan ini selama 40 minit dengan suhu 170 darjah celcius atau hingga masak.