NASI minyak atau tomato pasti akan lebih lengkap jika dihidangkan dengan ayam masak merah, tetapi apa kata kali ini diubah pula dengan ayam dimasak kurma. Ayam Masak Kurma Bahan: 1 kg ayam 4 sudu besar rempah kurma rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang) 2 cawan santan pekat 2 biji tomato - dipotong 4 2 biji kentang - dipotong 4 sedikir air asam jawa Bahan untuk dikisar: 5 ulas bawang putih 5 ulas bawan merah 2 cm halia Cara: Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika, masukkan kentang serta sedikit asam jawa. Apabila kentang sudah empuk, masukan santan dan kacau sebati. Biarkan mendidih, masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa.