suria

Sambal Daging Serai

DAGING sememangnya antara menu yang biasanya dihidangkan untuk tetamu di musim perayaan kerana sesuai untuk dijamah bersama nasi, ketupat atau lemang.


Bahan:

600 gm daging - dipotong ikut kesesuaian dan direbus

300 gm perut tembusu - direbus dan dipotong

200 gm paru - direbus, dipotong 

2 cawan santan pekat

1 cawan bawang goreng

sedikit garam dan gula

1/2 cawan air asam jawa

Bahan kisar:

15 tangkai cili kering

10 biji bawang merah

5 biji buah keras

4 ulas bawang putih

1 sudu ketumbar

Bahan dimayang:


5 batang serai

2 sm lengkuas

6 tangkai cili merah

6 tangkai cili hijau

2 sm halia

3 labu bawang besar

Cara:


Panaskan minyak,tumis bahan kisar sampai wangi dan masukkan bahan mayang,kacau rata-rata barulah masukkan daging, perut dan paru diikuti dengan santan pekat serta air asam. 

Masak sampai pekat barulah masukkan garam, gula dan bawang goreng, kacau rata dan bolehlah diangkat.

sambal daging serai

Artikel Sebelum

Nasi Lobak Merah

Artikel Berikut

Artikel Lain