Nasi Daging
5 cawan beras basmathi atau beras biasa/wangi - dibasuh, rendam 30 minit dan toskan.
300 gram daging - dipotong kiub
Bahan menumis dihiris:
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
Bahan lain:
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter/marjerin
150 ml susu cair
2 sudu besar sos tomato/tomato puri
sup bunjut adabi
bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 sudu besar serbuk kurma
garam secukup rasa/2 kiub pati ayam
air secukupnya
Rebus daging:
Rebus daging kiub tadi bersama 7 cawan air , sup bunjut, rempah kurma sampai daging empuk. Air rebusan guna untuk memasak nasi.
Cara masak nasi:
Dalam periuk lain pulak, masukkan butter dgn minyak sapi.Tumis bahan hirisan, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Tumis sampai layu. Kemudian, masukkan 2 sudu besar tomato puri dan kacau rata. Masukkan pula susu cair, kacau lagi dan akhir sekali, masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali ke dalam periuk tumisan tadi mengikut sukatan beras.
Seterusnya, masukkan 2 kiub pati ayam knorr dan biar nasi masak.