Kari Ayam Mumbai
Bahan A (untuk tumis):
4 ulas bawang merah - dihiris
1 labu bawang besar saiz sederhana – dihiris dan ditumbuk
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 batang serai – dititik
1½ inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan B (untuk pes):
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar rempah briyani
1 sudu besar serbuk cili
(Satukan semua bahan di atas dan digaul dengan air untuk dijadikan pes)
Bahan C:
1 biji buah tomato – dipotong dadu kecil
3 – 4 biji kentang – dipotong dadu besar
2 biji cili hijau
10 – 12 ketul daging ayam
Minyak untuk menggoreng ayam
Garam, gula, dan serbuk perasa sekiranya suka
Air secukupnya untuk kuah mengikut kuantiti ayam.
Cara:
Ayam yang dibersihkan digaul dengan garam dan kunyit sebelum digoreng separuh masak. Ketepikan. Setersusnya panaskan minyak dan tumis bahan-bahan A sehingga naik bau. Masukkan pes dan kacau sebati. Tudung periuk dan masak sehingga rempah garing.
Selepas itu masukkan ubi kentang dan buah tomato yang dipotong dadu dan kacau seketika. Masukkan pula ayam dan tambahkan air secukupnya untuk kuah dan kacau rata. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa.
Masak sehingga kuah mendidih dan ubi kentang empuk.Setelah kuah agak pekat, bolehlah ditutup api. Masukkan cili hijau dan tudung periuk.