Bahan:
1/2 cawan mentega sejuk
1/2 cawan gula castor
1 sudu teh eden vanila
4 biji putih telur
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kacang pistachio - ditumbuk
Cara:
Pukul gula dan mentega sampai putih, masukkan esen vanila. Pukul putih telur sampai kembang dan keras, campurkan dalam adunan awal tadi. Gaul hingga
sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Siapkan loyang pembakar, alas dengan kertas, kemudian sendukkan adunan dengan sudu kecil dan susun dalam loyang, taburkan dengan pistachio yang ditumbuk halus.
Bakar selama 10 minit.