Bahan:
100 gm mentega
100 gm gula castor
250 gm buah kurma - dipotong kecil
500 gm cornflakes
250 gm kelapa kering
190 ml susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
Cara:
Pukul mentega dan gula selama lima minit. Masukkan buah kurma, cornflakes, kelapa kering dan garam dalam mangkuk.
Tuangkan susu pekat manis dan esen vanila di dalamnya. Perlahan-lahan gaulkan mentega dan gula yang dipukul hingga sebati.
Bentukkan bebola dan aturkan di atas tin pembakar. Bakar hingga kekuningan dengan kepanasan 120C selama 15 minit.