KEBIASAANNYA nasi menjadi salah satu hidangan untuk tetamu di musim perayaan. Jika selalunya nasi tomato dan nasi minyak dimasak, apa kata kali ini Briyani Madura pula disediakan. Bahan: 2 gelas beras panjang - dibersihkan dan ditos 2 1/2 gelas air 1 sudu besar mentega 1 cawan minyak sapi 1 cawan susu cair 1 1/2 sudu besar madu 5 labu bawang besar - dicincang 1 inci kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 4 kuntum bunga lawang 4 biji buah pelaga 1/2 sudu teh esen ros 12 biji cili padi 2 kiub pati ikan bilis 3 helai daun pandan garam secukupnya 3 ulas bawang putih - dihiris Cara: Panaskan minyak sapi dan mentega, tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris. Masukkan bahan pewangi, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga harum. Masukkan cili padi biar sampai garing baru masukkan air dan susu, selepas mendidih masukkan kiub ikan bilis, beras, daun pandan yang disimpul, madu, garam dan esen ros. Setelah air hampir kering dan nasi hampir masak, kecilkan api dan biar sampai masak.