JIKA ada lebihan nasi semalam, apa kata cuba resipi Apam Nasi untuk dinikmati bersama keluarga semasa sarapan pagi. Bahan-bahan: 2 cawan nasi putih 2 cawan air - atau ikut paras air di dalam blender nanti 3/4 cawan gula 1 cawan tepung beras 8 gram yis sedikit pewarna hijau sedikit minyak untuk glis pada acuan acuan lompang Sedikit kelapa parut yang digaul sedikit garam Cara-caranya: Mula-mula rendam nasi semalaman dan apabila pagi, toskan airnya. masukkan di dalam pengisar (blender) nasi dan air. Pastikan paras air melebihi nasi, maksudnya air tu tak boleh kurang dari kuantiti nasi. Masukkan lebih kurang 2 cawan air, kemudian blender hancur, selepas itu masukkan gula dan tepung beras blender lagi. Setelah semuanya sebati dan siap dikisar, curahkan bahan yang dikisar tadi di dalam bekas dan masukkan yis dan beberapa titik pewarna hijau. Tutup bekas dengan plastic wrap dan perap adunan selama 5 jam atau lebih. Gliss acuan lompang dengan sedikit minyak. Adunan di kacau sedikit dan sudukan di dalam acuan lompang sehingga paras 3/4 acuan. Biarkan sebentar lagi sehingga adunan naik sehingga agak penuh, panaskan pengukus dan kukus apam selama 8 minit. Keluarkan apam dari acuan dan letakkan kelapa parut di atasnya.