Ia juga mudah untuk disiapkan sebagai juadah berbuka seisi keluarga pada hujung minggu.
Puding Roti Karamel
Bahan Karamel:
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas
Cara: Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.
Puding:
3 keping roti sandwic (disiat-siat)
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya mahu kulit puding licin dan gebu)
Cara:
Kisar semua bahan (kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian satukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan dan tapis. Tuangkan ke dalam karamel tadi.
Sediakan loyang dan isi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengah. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau hingga keperangan. Setelah masak, sejukkan sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai juadah berbuka dan bersahur anda sekeluarga.