suria

Nasi Hujan Panas

MASIH pening memikirkan juadah untuk rumah terbuka Aidilfitri, apa kata cuba resipi nasi hujan panas yang mudah ini.

Ia enak dimakan bersama rendang, kari ayam atau daging dan ayam madu.

Warnanya yang ceria dengan pelbagai warna dan baunya yang harum, pasti memikat hati kanak-kanak terutamanya untuk menikmati juadah ini.


Bahan-bahan:


2 sudu besar minyak sapi

3 sudu besar minyak masak

1 batang kayu manis

1 biji bunga lawang

3 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih

2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

4 sudu besar serbuk pati ayam / 2 kiub

1 inci halia

3 cawan beras

2 cawan air

1cawan susu cair

2 helai daun pandan

3 pewarna (merah, kuning, hijau)

Beberapa biji kismis

Garam secukup rasa


Cara-cara:


Basuh beras dan toskan. 

Hiris mayang bawang merah, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak masak dan minyak sapi di dalam periuk.

Tumis bawang, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.

Masukkan beras dan gaul rata.

Masukkan pati ayam, air dan juga susu cair. Tabur garam secukup.

Apabila mendidih, masukkan daun pandan, gaul rata selama seminit.

Tutup api dan alihkan periuk nasi ke dalam ‘rice cooker’ dan biarkan masak.

Apabila hampir masak, buatkan 3 lubang kecil pada nasi dan tuangkan beberapa titis pewarna pada setiap lubang.

Setelah nasi betul-betul masak, gaulkan rata nasi. Hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang dan juga daun sup yang di cincang.



nasi hujan panas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Daging Palembang

Artikel Lain