Jika ada yang teringin hidangan ini, bolehlah cuba resipi ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Bahan tumis:
1-2 btg kulit kayu manis
5 kuntum buah pelaga
5 kuntum bunga lawang
3-4 biji bwg besar dipotong dadu @ dihiris
Bahan A:
1 kg beras basmati
250g myk sapi
1.3 liter air
sedikit garam 100 gm badam @ gajus
sedikit daun pudina
sedikit daun ketumbar
250 ml susu cair
Bahan B:
4 bji tomato ( dibelah 4)
6 ulas beg putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
Bahan C:
2 sudu besar jus oren
2 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar serbuk cili kering
1 sudu kecil serbuk kunyit
6 tangkai cili hijau dibelah dan dipotong 2
2 ulas kiub ayam@ lembu
Cara Penyediaan:
Panaskan periuk. Kemudian masukkan minyak sapi.
Masukkan pula bahan tumisan. Kacau sehingga naik bau.
Setelah naik bau masukkan bahan B. Kacau seketika sehingga naik bau lagi.
Masukkan pula bahan C.Kacau rata. Kemudian masukkan beras, gaul sebati.
Masukkan air, garam dan susu cair kacau rata.
Alihkan periuk nasi ke Rice Cooker. Biarkan nasi masak.
Apabila nasi dah masak masukkan daun pudina, gajus dan daun ketumbar.
Biarkan nasi masak dan kering dengan sendirinya. Sedia untuk dihidangkan.