Jika anda baharu pertama kali terdengar menu ini, apa kata cubalah resipi istimewa ini.
Bahan-bahan:
500 gram sotong
Bawang besar, bawang putih, sedikit halia dan cili kering - dikisar
Hirisan bawang bawang besar
Dua sudu cili sos
Dua sudu kicap sos ABC
1 kotak santan paket kecil
Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong.
Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, tumis sehingga naik minyak. Selepas itu masukkan santan dan biarkan mendidih.
Masukkan sotong yang telah disumbat dengan beras pulut tadi. Tutup kuali supaya beras pulut tadi cepat masak.
Angkat dan sedia dihidangkan.