suria

Nasi Tomato

Nasi Tomato
NASI tomato memang jadi pilihan untuk dihidangkan dalam majlis perkahwinan  dan musim perayaan termasuk Aidilfitri. Lebih enak jika dihidang bersama ayam masak merah, dalca, ayam golek, pecal dan lain-lain. 


Nasi Tomato  

Bahan:
3 cawan beras basmati - cuci dan rendam selama 30 minit 
1 camca besar pes tomato 
2 camca besar sos tomato 
2 camca besar minyak sapi 
1 biji bawang besar - dihiris 
2 ulas bawang putih - dicincang 
1 inci halia - dititik 
1 helai daun pandan - dikat dan disimpul 
3 1/2 cawan air 
1 cawan susu rendah lemak atau susu cair 
Garam secukup rasa 
1 batang kayu manis 
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 kuntum bunga lawang 


Cara: 
Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan  sehingga naik wangi. Masukkan pes tomato dan tomato sos. Kacau dengan rata. Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering. Apabila bahan tumisan sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras kira-kira 1-2 minit. Curahkan air yang sudah mendidih dan susu rendah lemak ke dalam periuk nasi. Masukkan garam secukup rasa dan kacau dengan rata. Masak seperi biasa sehingga nasi menjadi kering. Taburkan kismis dan kacang pis ke atas nasi sebagai hiasan. Selepas nasi sudah masak, tutupkan suis periuk nasi tersebut. 
Hidangkan Nasi Tomato dengan hirisan daun bawang/ daun sup, bawang goreng, nenas dan lain-lain. 
Nasi Tomato

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bihun Sup Utara

Artikel Lain