suria

Bihun Sup Utara

BIHUN sup utara dihasilkan menggunakan rempah sup asli dan tulang yang segar. 

Sajian yang terkenal di utara tanah air ini sesuai dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri.

Untuk melengkapkan keunikan rasa sajian ini, hidangkan bersama sambal merah dan taburkan lobak masin.


Bahan-bahan:

1 kg tulang dan daging

1 bungkus bihun

Bahan untuk rempah tumis:

2 batang kayu manis

5 biji buah pelaga

3 biji bunga lawang

3 tangkai cengkih

Bahan untuk dikisar:

5 ulas bawang putih

5 ulas bawang merah

3 biji buah keras

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu besar lada hitam

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil jintan putih

Dipotong dadu besar

1/2 batang lobak merah

2 biji kentang sederhana besar

tomato (potong 4)

Bahan untuk sambal cili:

4 sudu besar serbuk cili dibancuh dengan sedikit air.

3 ulas bawang putih, dikisar.

3 ulas bawang merah, dikisar.

1/2 biji bawang besar, dikisar.

garam dan gula secukup rasa.

Bahan untuk hiasan:

200 gram lobak masin dicelur

2 tangkai daun bawang

3 tangkai daun sup

bawang goreng


Cara-cara penyediaan sup:

Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.

Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.

Masukkan tulang,kacau dan biar seketika.

Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.

Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.

Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa.

Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.


Cara-cara penyediaan sambal cili:


Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah di kisar, tumis sehingga naik bau.

Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.

Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.


Cara-cara penyediaan bihun sup:


Rendam bihun di dalam air yang di campur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam.

Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.

Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan.

Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup.

bihun sup utara

Artikel Sebelum

Nasi Tomato

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan