Bahan-bahan:
1/2 cawang pati minuman jagung
400ml air
Gula secukup rasa
1/2 tin jagung dalam tin
1 tin susu cair
2 camca besar susu pekat manis
Ais kiub
Cara Penyediaan:
Masak air bersama gula, satu kole air dimasak dengan 7 camca besar gula, masak hingga larut.
Tambah pati minuman perisa jagung secukupnya. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan jagung dalam tin, kacau dan tutup api.
Tambah susu pekat manis dan kacau rata. Biarkan sejuk dan hidangkan bersama ais kiub.
Boleh ditambah ais krim perisa vanilla jika suka.