suria

Gulai Lemak Daging Salai Dengan Pucuk Ubi

BAGI penggemar makanan dari Negeri Sembilan, apa kata cuba resipi gulai lemak daging salai dengan pucuk ubi. Ia merupakan hidangan ala kampung yang menyelerakan.


Bahan-bahan:

1 kg daging lembut

sedikit kunyit serbuk - untuk salai daging

segenggam cili api 

1 inci kunyit hidup

1 inci halia - dihiris

2 ulas bwg kecil - dihiris

3 batang serai - diketuk

santan 

sedikit garam 


Cara Penyediaan:

Kelar kepingan daging dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit

Panggang daging atas bara sehingga kering. Hiris daging menjadi kepingan.

Sambil tu pilih pucuk ubi yang muda dan lembut. Ketepikan. 

Kisar atau tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat.

Satukan bahan kisar,daging salai,santan serta serai dan  bahan hiris.

Masak diatas api yang sederhana. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak sehingga kuah mula memekat.

Apabila santan dah mula memekat masukkan garam serta pucuk ubi simpul tadi.

Kacau sebati dan biar kuah mereneh seketika. Apabila kuah dah mula memekat. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.

Artikel Berikut

Air Jagung

Artikel Lain