Ia enak dimakan bersama nasi panas. Sesuai juga disediakan untuk tetamu yang datang ke rumah pada Aidilfitri ini.
Bahan-bahan:
1/2 kilo daging ada lemak sikit
Sedikit serbuk kunyit
Segenggam cili api (ikut tahap kepedasan)
1 biji bwg besar - dihiris kasar.
Garam dan perasa(optional)
Air - utk melembutkan daging
Minyak
Cara Penyediaan:
Bersihkan daging hiris nipis dan gaulkan bersama sedikit serbuk kunyit dan sedikit garam.
Tumbuk ciliapi sehingga lumat .
Panaskan minyak.Masukkan daging. Tambahkan juga sedikit air.Biar daging empuk.
Bila daging dah empuk. Angkat.
Dengan minyak yang berbaki gorengkan cili tadi sehingga masak.
Apabila cili dah masak masukkan sedikit garam dan perasa.Kacau rata.
Masukkan bawang besar yang dihiris.Gaul rata dan angkat.