suria

Nasi Campur Menyelerakan Di Warung Cherry Bawah Jambatan

MENJAMU selera di bawah jambatan merupakan sesuatu yang jarang saya lakukan setiap hari.

Ketika melawat Kampung Sungai Penchala di Kuala Lumpur, saya menemui tempat makan yang dipanggil Warung  Cherry (N 03 09.624, E101 37.455), yang terletak di bawah jambatan.

Apa yang membuatkan menarik ialah setiap kali ketika makan dan ada kereta melalui jambatan ini, seluruh warung ini bergegar.

Dari perspektif positif, aktiviti ekonomi  di kawasan ini mampu memberi faedah kepada penduduk tempat di kawasan kecil, sekali gus ia mampu menghindari daripada dikuasai penagih dadah.

Nasi putih dihidangkan bersama sotong masak gulai Lemak cili api dan paru goreng berlada.
Dan apabila bercerita mengenai pelanggan yang hadir di sini, saya agak terkejut dengan ramai orang pada waktu makan tengah hari yang terkenal dengan nasi campur.

Mengenai pilihan lauk  yang digemari - Sotong Masak Gulai Lemak Cili Api membuka selera saya.

Ada juga pilihan lauk lain yang menarik lain seperti Kari Daging, Ayam Goreng dan pelbagai masakan ikan.

Selain itu, warung ini turut menyediakan Anak Ikan Kembung Goreng Berlada.

Saya memilih nasi dihidangkan dengan gulai lemak sotong dan paru goreng berlada sebagai pilihan utama.

Jumlah makanan saya RM7.50 bersama RM3.00 untuk sebotol jus tebu.

Warung ini dibuka setiap hari untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kecuali hari cuti umum.

warung cherry

Artikel Lain