suria

Keistimewaan Route 69 By The Beach Buat Pelanggan Terpukau

DESIRAN ombak dengan tiupan lembut angin laut sambil menikmati keenakan makanan yang terhidang sudah cukup membuatkan kita terleka.

Apatah lagi dihiburkan dengan iringan muzik yang tidak keterlaluan dan menjadi halwa telinga.

Suasana sebegitu memang sukar ditemui dan jika adapun mungkin di hotel atau restoran bertaraf lima bintang dengan suasana mewah.

Tetapi untuk pengetahuan pembaca, anda boleh menikmati suasana seperti di atas jika mengunjungi Route 69 by The Beach yang terletak di Pantai Robina, Taman Robina, Butterworth.

Lebih menarik, ia sesuai untuk semua lapisan masyarakat kerana harga yang dikenakan berpatutan dan boleh dikatakan murah.

Sebelum ini Abang Fen pernah berkongsi kelazatan kari kepala ikan di restoran sama, tetapi kali ini you all akan dihidangkan dengan menu baharu iaitu makanan barat dan steambot.

Abang Fen kembali ke restoran itu untuk menikmati makanan barat yang dikhabarkan sedap dan disediakan oleh chef berpengalaman, tetapi tidak disangka steambot juga disediakan di situ.

Ketika tiba di Route 69 by The Beach, Abang Fen dapati tiada meja yang kosong, mulalah kecewa kerana sedang menahan lapar.

Namun, tiba-tiba ada pelanggan memanggil Abang Fen untuk mengambil tempatnya kerana mereka telah selesai menjamu selera...Alhamdulillah.

Oleh kerana terlalu teruja untuk mencuba menu baharu, Abang terus memesan lamb Chop dan satu set steamboat.

-Bukan tamak, tapi Abang Fen benar-benar lapar ketika itu.

Tidak lama kemudian, makanan yang dipesan tadi siap dihidang. Tanpa membuang masa Abang Fen terus mencuba lamb chop.

Kelazatannya luar biasa...daging kambing lembut, sukar untuk digambarkan pada you all bertapa sedapnya lamb chop yang dihidangkan itu.

Semuanya secukup rasa dan membuatkan Abang Fen tak sempat untuk mengangkat kepala.

Untuk pengetahuan pembaca harga setiap hidangan lamb chop yang lembut dan sedap itu hanya RM16 sahaja.

Selesai lamb chop, Abang Fen  memberikan isyarat pada pelayan tadi untuk sediakan steamboat dengan dua jenis sup iaitu biasa dan tomyam bersama 16 jenis bahan yang kesemuanya berharga RM25 sahaja.

Sedapnya steamboat itu memang tidak boleh dinafikan, khususnya bagi sup tom yam.

Hal ini kerana ia disediakan oleh chef berpengalaman yang dibawa khas dari Thailand.

Selesai menjamah dua menu istimewa itu, Abang Fen sekali lagi memanggil pelayan, tapi bukan untuk memesan, sebaliknya ingin bertemu pengurusnya.

Ketika itu Abang Fen dibawa bertemu Pengurus Pemasaran Route69 by The Beach, Adila Zakaria, 30 (gambar).

"Alhamdulillah, sambutan dari pelanggan semakin baik dan sasaran kami adalah pada semua golongan dan layanan yang kami berikan juga adalah sama kerana pelanggan merupakan tetamu istimewa bagi kami," kata Adila memulakan bicara.

Jelasnya, restoran itu juga sentiasa menantikan pelanggan-pelanggan yang ingin mencuba menu baharu selain terus setia pada menu sebelum ini.

Menurut Adila, Route 69 by The Beach turut menyediakan ikan bakar, masakan Thai dan menu ala carte di situ.

Selain itu, Abang Fen sempat menemui dua pelanggan yang datang bersama keluaga masing-masing dan salah seorang daripada mereka dari Bukit Mertajam.

"Makanan disini cukup sedap dan banyak pilihan tapi harga yang ditawarkan macam harga kedai kopi biasa saja, murah sangat sedangkan suasana kedai bertaraf hotel," kata Ishak Embi, 55, (gambar bawah) dalam loghat utara.

Seorang lagi pelanggan Rosli Dan, 37, (gambar bawah) dari Taman Mengkuang, Permatang Pauh pula memberitahu," menikmati suasana malam bersama keluarga ditempat sebegini dengan hidangan dan harga yang murah ini sukar untuk kita temui.

"Kami sekeluarga suka ke sini, ianya memang berbaloi untuk kami dan pelanggan lain," ujarnya.

Kalau you all nak merasai suasana dan makanan hebat ini bolehlah berkunjung ke Route 69 by The Beach.

Pada you all yang inginkan penjelasan lanjut boleh menghubungi Adila Zakaria ditalian 0125759274 atau Pengurus Restoran Azman ditalian 0124652395.



Route 69 by The Beach

Artikel Lain