RESTORAN Caprilicious@Capri By Fraser Kuala Lumpur menampilkan Citarasa Ibunda sebagai tema berbuka puasa sepanjang Ramadan kali ini.
Bertepatan dengan tema itu, sajian juadah terdiri daripada makanan pilihan ibu-ibu, di mana chef memahat kenangan indah menu yang sering kali menjadi pilihan ibu tersayang ketika makan malam.
Menyajikan hidangan 'panas dari dapur', beberapa sajian seperti kambing panggang, ikan bakar dan sate menjadi sajian utama yang ditempatkan di satu ruang khusus.
Ikan Bakar
Lebih 70 sajian dihidangkan setiap hari termasuk menu utama yang diketengahkan seperi nasi beriyani, laksa Pahang, gulai kawah, ayam rendang Minang, grilled steak, mee rebus, kambing kuzi, Ipoh hor fun, bubur lambuk dan kambing bhamia.
Selain itu, pelbagai jenis pemanis mulut turut disediakan, antaranya ais kacang dan cendol.
Pelbagai kuih tradisional
Bagi yang berminat, restoran ini menawarkan bufet Ramadan pada harga RM90 seorang bagi hari biasa, manakala RM72 bagi diskaun untuk pembelian awal.