AYAM carik lada hitam sesuai untuk mereka yang gemar berbuka puasa dengan nasi dan lauk kering/tidak berkuah. Juga sesuai untuk bersahur. Lebih nikmat jika dimakan bersama nasi panas! Bahan A 2 ketul dada ayam 1 helai daun pandan 2 cawan air kelapa Bahan Kisar Kering 1 sudu besar lada hitam 1 labu bawang besar Sedikit belacan 4 cm lengkuas muda Bahan C 2 sudu besar kerisik Gula dan garam Cara Penyediaan 1. Satukan bahan A dan rebus sehingga masak. Toskan. 2. Carik isi ayam dan jika ada lebihan air rebusan ditapis. 3. Satukan air rebusan, isi ayam dan bahan-bahan lain dalam kuali. 4. Kacau sehingga kering.