BAHAN A:
1 kg ayam
3 helai daun salam
Gula dan garam
Minyak
1 cawan santan pekat
3 keping asam gelugur
5 tangkai cili merah
6 cm kunyit
5 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar
3 labu bawang besar
6 cm halia
3 biji tomato
CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
2. Kemudian masukkan gula, garam, daun sala, asam gelugur dan ayam. Tumis sehingga ayam kecut. Kalau boleh tutupkan kuali.
3. Tuangkan sedikit air jika ayam masih belum empuk.
4. Setelah ayam empuk, masukkan cili hijau dan santan. Gaul rata dan biarkan kuah agak kering.