suria

Ayam Percik Haflynn 'Licin' Tiap Hari

Resipi ibu bawa tuah apabila gerai Haflynn Nasi Tomato dan Ayam Percik dapat sambutan sepanjang Ramadan.

SHAH ALAM: Penggemar hidangan berasaskan nasi dan ayam tentunya tidak akan melepaskan peluang berkunjung ke bazar Ramadan di pekarangan Kompleks PKNS di sini.

Ketika mStar Online meninjau bazar berkenaan, dari jauh kelihatan gerai Haflynn Nasi Tomato dan Ayam Percik dikerumuni pelanggan silih berganti.

Pemiliknya, Akmal Hafez Sulaiman ketika ditemui nyata gembira dengan sambutan jualannya, lebih-lebih lagi kerana resipi ayam percik itu disediakan ibunya, Sapiah Minhat.

“Ibu saya sememangnya berpengalaman berniaga ayam percik dan saya sering membantunya sejak zaman sekolah lagi.

“Bila dah dewasa, ibu minta saya teruskan tradisi menjual ayam percik dengan menurunkan resipi keluarga itu kepada saya.

"Hingga sekarang saya menggunakan resipi sama kerana percaya ia yang terbaik dan digemari ramai," kata pemuda berusia 29 tahun ini.

Berpengalaman lebih 10 tahun berniaga di bazar Ramadan PKNS, kata Hafez, kira-kira 130 ekor ayam habis dijual setiap hari.

“Selalunya saya akan menyediakan 130 ekor ayam pada hari bekerja dan ia meningkat kepada 150 pada hujung minggu," katanya.

Selain di bazaar Ramadan PKNS, Hafez juga membuka cawangan gerainya di bazar Ramadan Stadium Shah Alam yang diuruskan  isterinya, Harziani Sawami.

Ramadan, ayam percik, Haflynn, PKNS

Artikel Berikut

Ayam Tok Sidang

Artikel Lain