suria

Raja Murtabak Terus Gah Di Bazar Ramadan TTDI

Raja Murtabak sentiasa mendapat sambutan ramai sejak beroperasi 15 tahun di bazar Ramadan TTDI.

PETALING JAYA: Selepas 15 tahun beroperasi setiap kali bermulanya puasa, Raja Murtabak muncul lagi di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Dinanti-nantikan pelanggan tetapnya setiap kali menjelang Ramadan, pastinya pengalaman berniaga yang mulanya di pasar TTDI sejak lebih 20 tahun banyak mengajar keluarga Raja Murtabak untuk kekal hingga kini.

Menurut Raja Zakaria Raja Hamid, operasi Raja Murtabak yang diwarisi bapa, Raja Hamid Raja At dan abangnya diteruskan sebagai tanda terima kasih kerana sokongan berterusan pelanggan tetap mereka. 


Raja Hamid mula mengusahakan jualan Raja Murtabak di pasar TTDI lebih 20 tahun lalu.

"Pada hari-hari biasa kami juga berniaga di beberapa lokasi pasar malam di Selangor seperti di Danau Kota dan Gombak," katanya.

Raja Zakaria, 35 berkata, antara menu yang menjadi pilihan serta kegemaran orang ramai di situ adalah murtabak kambing cheese.

"Kami menawarkan lapan jenis murtabak dan selalunya yang menjadi pilihan orang ramai dan habis dijual adalah kambing cheese," katanya.

Selain menjual murtabak kambing, ayam, dan daging, Raja Murtabak juga menjual murtabak frozen keluaran sendiri. 


Raja Murtabak, TTDI

Artikel Berikut

Artikel Lain