ROTI pita adalah flatbread gandum dibuat menggunakan yis yang bulat dan coklat. Ia amat sesuai untuk hidangan pembuka selera anda ketika berbuka. Intinya boleh kita pelbagaikan sama ada menggunakan isi ayam dan daging. Kali ini, apa kata anda cuba pula dengan menggunakan inti ikan tuna mayonis.
BAHAN-BAHAN:
1 labu bawang besar-dadu
3 tangkai cili padi-hiris
1 biji avokado-lenyek
1 tin tuna mayonis
2 sudu sos tomato
1 biji lemon
Lada hitam
Roti pita
Salad
CARA MENYEDIAKAN:
Gaul avokado, bawang besar, sos tomato, cili padi, perahan lemon, lada hitam dengan tuna mayonis.
Lapiskan salad atas roti pita dan sudukan isi tuna.
Gulung kemas.